Sebab Dentuman sonik

Apabila sebuah pesawat melalui suatu ruang udara, ia menghasilkan satu siri gelombang tekanan. Gelombang-gelombang ini bergerak pada kelajuan bunyi dan makin dimampatkan bersama apabila kelajuan semakin meningkat kerana tidak mempu beralih dari antara satu sama lain, maka gelombang-gelombang ini bergabung membentuk satu gelombang kejutan yang bergerak pada kelajuan bunyi dikenali sebagai Mach 1, dan ia dianggarkan sekitar 1,235 km/j pada aras laut dan 20 °C (68 °F).